Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan pertemuan dengan pemegang taruh dan agensi media bagi menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan subsidi petrol bersasar sebelum ia diperkenalkan tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara pemegang taruh itu ialah persatuan pengguna, pengusaha stesen minyak, syarikat minyak dan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Penglibatan pemegang taruh ini telah dibuat dan sesi penerangan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa. Kita sangat komited untuk sampaikan maklumat kepada mereka.
"Contohnya, sebelum ini kita berjumpa dengan senior editor agensi media di mana tujuan perjumpaan itu adalah supaya rakyat negara dapat memperoleh maklumat terkini, tepat dan sahih berkaitan pelaksanaan ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan pelaksanaan subsidi petrol bersasar di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, pihak media juga diharap dapat memainkan peranan membantu memberi penerangan kepada rakyat apabila pelaksanaan subsidi bersasar itu diperkenalkan kelak.
Sesi penerangan kepada golongan sasar juga akan dimulakan dalam masa terdekat sebaik sahaja kertas kabinet berkaitan perkara itu diluluskan jemaah menteri.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kewangan dalam proses menyediakan kertas itu dengan menumpukan kepada keperluan dan cadangan yang menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan itu dapat memberi manfaat kepada golongan sasar.
"Pelaksanaan subsidi bersasar ini sepatutnya sudah dimulakan pada suku kedua tahun ini tetapi kita sedikit lewat tetapi ingin dimaklumkan bahawa matlamat kementerian adalah bagi memastikan pelaksanaan pemberian subsidi ini kelak menyeluruh dan hanya mempunyai kecacatan yang minimum," katanya.
Ditanya mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR menyifatkan ia bukan ancaman besar Pakatan Harapan (PH).
"Tahniah kepada dia (Najib) atas pelantikan itu dan tahniah juga kepada BN kerana melihat beliau masih aset penting kepada parti.
"Pelantikan itu proses biasa dan ia bukan satu ancaman besar kepada PH dan saya rasa politik Malaysia akan jadi lebih meriah selepas ini dan kita akan bersaing dalam suasana politik yang sihat," katanya.
Terdahulu, Saifuddin Nasution melancarkan penjualan bahan api Infiniti Euro-5 Diesel di stesen minyak BH Petrol Jitra.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Saifuddin (dua, kanan) beramah mesra bersama pengguna selepas melancarkan Euro5 Diesel, Autospa dan Tealive di Stesen Minyak BHPetrol di Jitra, 12 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf
Rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik.
KPKT harus jadi pusat kecemerlangan - Nga
Banyak inisiatif yang dilaksana KPKT dan agensi-agensinya bersifat proaktif serta mendahului pihak lain dalam pelbagai aspek.
Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.
MITA gesa agensi pelancongan domestik perhebat usaha tarik pelancong asing
Beberapa agensi pelancongan tempatan tidak giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal.
Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri.
SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis
Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.
Pelbagai agensi terlibat operasi pembersihan tumpah minyak di Tanjung Tuan
Pelbagai agensi dan jabatan di Melaka digerakkan bagi membantu operasi pembersihan susulan insiden tumpahan minyak di Tanjung Tuan di sini hingga ke Teluk Kemang, Negeri Sembilan, pada Isnin lepas.
KKMM buat 167 penafian berita palsu COVID-19
Sebanyak 167 penafian berita palsu berhubung wabak COVID-19 dan hal-hal berkaitan jangkitan itu telah dibuat Pasukan Respon Pantas KKMM.